Setelah memilih serta membuat semakan-semakan perlu untuk memiliki tanah, prosese seterusnya adalah sumber kewangan mencukupi untuk meneruskan pembelian.

Pastinya anda telah merancang awal-awal tentang sumber duit yang akan digunakan, cuma di sini ada sedikit perbincangan yang boleh difikirkan.

Wang Tunai / Beli Cash

Anda boleh memiliki tanah secara tunai sama ada simpanan sendiri, suami isteri tak pun pinjaman ibu ayah serta mertua (sementara ya). Kaedah pembelian terbaik serta paling mudah serta cepat untuk mendapatkan tanah yang dihajati.

Pinjaman Bank

Untuk membeli tanah menggunakan pinjaman bank, kelayakan yang boleh diperolehi adalah hanya 50 peratus sahaja dari nilai semasa tanah. Pun begitu bukan semua bank menyediakan pinjaman untuk membeli tanah. Anda terpaksa menyediakan 50 peratus lagi tambahan nilai tanah.

Pinjaman LPPSA

Mungkin anda penjawat awam merancang membeli tanah menggunakan pinjaman perumahan perbendaharaan Malaysia – LPPSA. Anda boleh membeli sama ada lot untuk perumahan dan juga lot pertanian.

Cuma pemilik tanah akan terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan baki bayaran setelah pendahuluan dibayar.

Hanya jumpa peguam dan minta mereka uruskan pinjaman yang diinginkan.

Cash, Pinjaman Bank atau LPPSA?

Persoalannya yang mana, cash, pinjaman bank atau LPPSA? Sekiranya mempunyai tunai yang cukup, selesai masalah. Tanah boleh diperolehi dengan lebih cepat dan tidak perlu memikirkan beban hutang yang terpaksa ditanggung.

Pinjaman bank mungkin boleh tolak tepi kiranya tiada simpanan. Juga kerana anda terpaksa menyediakan 50 peratus lagi tambahan nilai tanah.

Pilihan seterusnya tunai tetapi melalui pinjaman peribadi atau membuat pinjaman LPPSA. Sebelum itu jawab ini dahulu, bilakah anda ingin membina rumah?

Sekiranya tempoh ‘segera’ untuk membina rumah, kalau pinjaman peribadi untuk membeli tanah, dengan duit mana pula untuk membina rumah? Adakah dengan membuat pinjaman LPPSA? Kalau begitu beban hutang bulanan anda akan berganda, bayar tanah, bayar rumah pula.

Adakah anda ingin membina rumah setelah selesai pinjaman tanah? Rumah idaman akan lambatlah jadinya. Kalau ok begitu, teruskan dengan pinjaman peribadi. Sebaiknya kalau boleh singkatkan tempoh pembayaran.

Pilihan terbaik bagi penjawat awam adalah membuat pinjaman LPPSA atas klausa membeli tanah dan membina rumah. Kalau membeli tanah sahaja, tempoh bayaran balik hanya 120 bulan sahaja dan kelayakan adalah 50 peratus kelayakan semasa. Apa kata dengan bayaran bulanan yang hampir sama, anda teruskan dengan membina rumah. Bayaran bulanan boleh dilanjutkan sehingga 360 bulan. (Akan ada perbincangan lanjut – pinjaman membeli tanah LPPSA)

Bagaimana pula dengan pekerja sendiri atau swasta? (Juga akan ada perbincangan lanjut selepas ini)

Begitulah antara cara yang boleh Cigu syorkan untuk mendapatkan tanah yang diidamkan. Inginkan bayaran yang tidak membebankan, cuba-cubalah ukur baju sendiri yah!! Kalau tak kesian, nanti banyak pula perbelanjaan lain yang terpaksa dicutkan…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here