Membeli TanahAlhamdulillah… anda bertuah kerana memiliki secara ‘percuma’ sama ada anugerah daripada ibu bapa atau pihak kerajaan. Ini memandangkan harga tanah yang terlajak mahal sekarang.

Sebaliknya terpaksalah berusaha sendiri mendapatkan tanah untuk membina rumah idaman. Memiliki tanah untuk membina kediaman sesebuah menjadi plihan utama kerana bakal mempunyai ruang serta laman yang lebih luas seperti tanah lot, lot semi-D pun memadai.

Sekiranya ingin membeli tanah, anda perlu tetapkan ciri-ciri tanah yang dikehendaki supaya lebih mudah dalam membuat pemilihan. Janganlah ‘asal jadi’ kerana dibimbangi tidak ‘puas’ dengan apa yang telah dipilih. Lainlah kalau anda boleh berkali-kali membeli lagi, tanah yang telah dibeli boleh dijadikan aset.

Min hanya “boleh beli sekali sahaja” kerana kekangan kewangan, maka banyak jugalah tanah yang ditengok, difikir, dijengok, difikir untuk dijadikan tapak rumah. Namun dalam pilih-pilih itu ada yang terlepas pandang sehingga mendatangkan kerisauan setelah rumah siap. (Ada artikel ini nanti…)

Artikel ini lebih kepada perbincangan keadaan fizikal tanah yang ingin dibeli. Contoh-contoh tanah lot yang tidak menjadi pilihan Min sekiranya berkeadaan begini.

Ini menyebabkan rumah akan dibelakang rumah lain dan seterusnya kedudukan pintu pagar yang berada dipenjuru pagar jiran. Seterusnya rumah akan terkepung dengan dapur-dapur rumah jiran lebih-lebih lagi sekiranya lot itu lebih kecil.

Tips Memilih Tanah Yang Ingin Dibeli

Kawasan dan Kedudukan Tanah

Perkara utama yang perlu difikirkan adalah kawasan dan kedudukan tanah yang diinginkan berasaskan kepada kewangan yang ada. Tetapkan kawasan yang ingin dimiliki. Adakah inginkan tanah kawasan kampung, kawasan bandar, pinggir bandar, berhampiran pantai, berhampiran sungai dan sebagainya. Mungkin ingin berdekatan dengan rumah ibu bapa, mertua termasuk senarai dalam pertimbangan.

Tanah Zon Perumahan

Hendak membina rumah namun membeli tanah komersial atau tanah kilang. Oleh itu anda perlu menyemak lokasi dan kedudukan tanah itu betul-betul berada dalam zon perumahan dalam perancangan majlis tempatan. Ini untuk elakkan masalah yang akan timbul. Lagi satu nak ke bina rumah di kawasan kilang, kalaupun itu lot perumahan. Sekiranya tanah pertanian, anda boleh membina satu unit kediaman di atas tanah itu.

Keadaan Tanah

Lihat keadaan tanah yang diinginkan. Inginkan kawasan berbukit, lereng bukit, kawasan rata, landai dan kawasan rendah atau paya. Ini akan mempengaruhi harga tanah. Kalau kawasan rendah atau paya, adakah telah ditambak kerana kos tambak meningkatkan kos membina rumah. Sekiranya baru ditambak, bilakah pula anda ingin mendirikan rumah, adakah tanah benar-benar kemas?

Sekiranya tanah di lereng bukit atau di atas bukit fikirkan tentang kos ‘pertahanan’ tanah untuk benteng atau “retaining wall”. Memang rumah di kawasan begini lebih cantik namun perkiraan kos-kos sedemikian perlu diambil kira. Tukang pakar atau kontraktor mahir yang betul-betul pakar dan mahir diperlukan, tentunya kos naik lagi!

Saiz Tanah

Saiz tanah yag dihajati sebesar mana? Adakah anda inginkan tanah ekar atau tanah lot. Sekiranya tanah ekar, adakah ingin gadaikan secara keseluruhannya kepada LPPSA atau bank selama 25-30 tahun tanpa menjadikan lot-lot terlebih dahulu. Sekiranya tanah lot, adakah bersesuaian untuk mendirikan rumah. Ini kerana lot yang terlalu kecil akan menjadi susah dan tidak pratikal untuk mendirikan rumah yang selesa.

Lot Tepi atau Tengah

Sekiranya tanah lot, adakah anda inginkan lot tengah atau lot tepi. Ada yang berminat dengan lot tepi kerana tidak berjiran di sebelah, ada yang tidak kisah lot tepi atau tengah. Namun lot-lot ini akan mempengaruhi binaan yang akan dibuat bergantung kepada ketetapan majlis tempatan setiap kawasan. Ketetapan ‘set back’ dengan tanah jiran dan jalan raya. “Tanah aku, ikut suka aku,” anda tidak boleh membuat binaan secara keseluruhan tanah. Ada jarak binaan yang perlu dipatuhi, lihat di sini (akan dikemaskini)

Bentuk Tanah

Bentuk tanah juga berperanan dalam binaan. Paling baik lot yang bersegi empat sama ada tepat atau sama. Dibimbangi tanah yang dibeli dahlah sempit bentuknya segitiga, segitiga tirus memanjang pula. Ini akan menyukarkan untuk membina dan menentukan kedudukan rumah.

Akses Jalan, Lektrik, Air dan Saliran

Adakah anda bersegera untuk membina rumah atau membiarkan orang lain membinanya terlebih dahulu. Ini kerana anda terpaksa menanggung kos jalan, lektrik, air dan saliran di kawasan itu. Tiada yang percuma kecuali jalan tar, itu pun jalan yang sudah anda sudah tambak. Kos tiang elektrik anda terpaksa tanggung, kos paip juga.

Bahkan seorang kawan terpaksa membina jambatan melebihi 20 kaki menyeberangi parit kerana dia yang pertama berumah di situ. Jiran-jiran datang membina rumah dengan kemudahan yang telah ada. Namun jika anda ingin berjariah, Alhamdulillah…

Kawasan Kejiranan

Usaha seterusnya, ‘usha-usha’ tentang kejiranan di kawasan itu. Adakah kawasan itu kawasan kejiranan yang sering berlaku kecurian dan pecah rumah. Tak seronokĀ  tiba-tiba anda ingin berkampung di kawasan hitam begitu.

Ini antara pertimbangan fizikal tanah yang harus ada, sebelum anda membeli tanah yang diidamkan. Perkara-perkara lain, semak itu, semak ini akan dibincangkan dalam artikel semakan atas kertas sebelum membeli tanah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here