Memiliki Rumah Idaman Deko Impian menjadi harapan dan doa setiap orang. Tidak kira sama ada besar atau kecil, pentingnya kediaman yang menjadi hak milik sendiri dan pemilik pasti berbangga dengannya.

Semoga kehadiran anda ke blog ini dapat meraih sesuatu yang bermanafaat darinya. Mudah-mudahan…

RUMAHi @ RUMAHi.COM – laman blog yang diwujudkan bertujuan supaya dipenuhi pengisian berkaitan kediaman sama ada membina, membeli, menghias serta perkara-perkara yang seumpamanya. Min juga akan berkongsi pengalaman-pengalaman semasa membina rumah idaman sendiri sebelum ini.

Perkara berkaitan pembinaan rumah termasuk dari peringkat mencari tanah, pinjaman perumahan, membina rumah serta langkah-langkah berikutnya akan dishare sebaiknya.

Blog ini juga akan merangkumi perkara-perkara berkaitan rumah sama ada berita, informasi serta maklumat-maklumat yang menjadi tujuan adanya ia..

Bahan-bahan termasuk berkaitan hiasan dalaman – mendeko, menghias serta perkara bahagian luaran – halaman rumah juga akan menjadi keutamaan.

Blog ini mempunyai fanpage Facebook rasmi iaitu RUMAHi termasuk juga saluran di Youtube – RUMAHi TV. Silalah like dan subscribe agar dapat memeriah suasana serta mendapat informasi-informasi seterusnya.

Anda juga boleh berkongsi pandangan, pendapat serta idea melalui ruangan komen atau sekiranya berhajat untuk berkongsi bahan bolehlah menghantar melaui borang yang disediakan.

Semoga rumah idaman deko impian menjadi milik kalian semua, wassalam…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here