Membeli TanahArtikel sebelum ini tentang 8 Tips Memilih Tanah sebelum memilikinya. Kali ini lebih kepada perkara-perkara ‘atas kertas’ yang menjadi ‘wajib’ sebelum perjanjian jual beli tanah dipersetujui.

La ni.. tanah yang berkenan di hati sudah ada, cuma janganlah terburu-buru untuk membuat bayaran pendahuluan. Luangkan masa untuk bandingkan dengan tanah-tanah lain, bertanya perihal tanah itu kepada mereka yang lebih arif. Ini bagi mendapatkan lebih maklumat, harga yang bersesuaian serta dapat mengelak dari mendapat harga yang terlalu tinggi.

Pastikan tanah atau lot tersebut benar-benar wujud. Jangan pula lain yang ditunjuk, lain pula tanah yang sebenar. Adakah tanah itu telah mempunyai geran? Mintalah salinan geran daripada penjual, sekiranya penjual teragak-agak untuk menyerahkannya, mungkin ada sesuatu yang ingin disembunyikan.

Sahkan pemilikan tanah tersebut dengan mengunjungi pejabat tanah. Beli sijil carian rasmi untuk mendapatkan butir-butir terperinci berkaitan tanah. Bandingkan dengan geran yang diberikan penjual.

Lihat penama di atas geran, adakah geran individu yang berasingan atau banyak penama, yang disebut juga tanah syarikat. Tanah syarikat lebih sukar untuk diuruskan, apatah lagi sekiranya melibatkan kematian dan pembahagian pesaka.

Seboleh-bolehnya bergeran individu. Kenapa cari yang susah kerana tentunya ada tanah lain yang lebih mudah dan terjamin untuk dimiliki secara individu.

Pastikan tanah itu bebas dari sebarang bebanan (free from all encumbrances) dan boleh dipindahmilik kepada pembeli. Pernah seorang rakan telah membayar satu lot tanah, namun tidak boleh ditukar hakmilik kerana ianya tanah anugerah. Tanah itu hanya boleh dipindahmilik setelah beberapa tahun pemilik asal memilikinya.

Tentukan lokasi dan kedudukan sebenar tanah. Kunjungi pihak berkaitan, minta mereka tunjukkan lokasi tanah berdasarkan peta yang sebenar. Google Maps kini digunakan oleh pihak yang selalu berusuan dengan tanah. Dengan sedikit bayaran kewujudan, kedudukan dan lokasi tepat dapat diberikan.

(Cikgu mnta mereka zoom lokasi sebenar tanah pusaka)

Membeli TanahMembeli TanahMembeli TanahMembeli TanahPastikan status tanah dan jenis pegangan tanah itu. Adakah jenis pegangan bebas (freehold) atau pun pajakan (leasehold). Ini kerana nilai tanah berkait dengannya. Nilai leasehold akan berkurang berbanding freehold kerana ada tempoh masa pegangan, contohnya 99 tahun. Pastikan juga baki pegangan pajakan semasa tanah tersebut.

Seterusnya berurusanlah dengan pemilik tanah sebenar tanpa tanpa agen atau broker. Ini kerana terdapat sebahagian broker karat yang ingin cepat kaya meletakkan harga gila-gila dari harga yang dikehendaki penjual. Sekiranya menggunakan khidmat agen, pastikan yang berlesen. Agen yang berasaskan komisyen dan bukannya meletakkan harga sesedap rasa.

Seterusnya melalkukan pembelian hartanah.. artikelnya di sini (akan dikemaskini)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here